BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Friday, March 25, 2011



Lelaki…
Jika seorang wanita menangis dihadapanmu..
Itu bererti dia tidak mampu menahannya lagi..

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis..
Dia sanggup bersamamu sepanjang hayatmu..

Jika kau pernah membiarkannya pergi..
Jika dia kembali padamu tetapi dia tidak akan pernah kembali lagi..
menjadi seperti dirinya yg dulu....
selamanya..

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah..
Kecuali di depan orang yg amat dia sayangi..
Dia menjadi lemah…

Seorang wanita tidak akan menangis dgn mudahnya..
Hanya kerana dia menyayangi dirimu..
Dia rela membuang rasa egonya..

Lelaki…
Jika seorang wanita menangis keranamu..
janganlah kau mensia-siakannya..
Pernahkah kau sedari demi mempertahankn keegoaanmu..
Kau telah menghancurkn hatinya tanpa kau sedari??

Saat dia menangis didepanmu..
Saat dia menangis keranamu..
Lihatlah matanya..
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya??

Fikirkanlah wahai lelaki....

Wanita mana lagikah yang akan menangis keranamu??
Yg di dalam hatinya hanya dipenuhi dgn kasih sayang..
Untukmu dan keranamu saja..

Tahukah engkau wahai lelaki...

Dia menangis bukan kerana dia lemah..
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau belas kasihan..

Dia menangis..
Kerana hanya dengan cara itu dia mampu meluahkan apa yg terpendam jauh di lubuk hatinya yg sedang dirundung pilu…

Lelaki....

Fikirkanlah tentang hal itu..
Selamilah hati wanitamu itu..
Walau sekeras dan setabah mana pun dirinya hatinya tetap lembut dan mudah terguris…
Kerana dia adalah wanita..
Wanita yg sentiasa inginkn perhatian dari lelaki yg disayanginya..

Jika seorang wanita menangisi hatinya..
Mungkin kerana dia sudah terlalu letih dan lelah utk memujuk hatinya..
Pernahkah kau sedar semuanya hanya kerana dirimu…

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya..
Hanya engkau yang mengetahui jawapannya..

Pertimbangkanlah wahai insan yg bernama lelaki....

Kerana mungkin suatu hari nanti..
Kau tidak berkesempatan untuk menyesalinya..
Mungkin juga kau akan terlambat untuk mengucapkan kata 'MAAF' di saat hati serta jiwa wanitamu itu terkunci rapat utk seorang insan yg bergelar ‘LELAKI’…...

0 comments: