BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Tuesday, November 16, 2010

Menjadi Yang Terbaik

Semua orang nak jadi yang terbaik


,
aku pun begitu,
punya impian untuk menjadi yang terbaik..
Tanpa usaha, impian tu mustahil untuk menjadi nyata..
Hanya berbekalkan usaha, doa serta tawakal pada-NYA
mampu membawa kita ke tangga kejayaan..

Namun, kita tidak seharusnya berputus asa
walaupun setelah berusaha dan hasilnya kegagalan..
Kita seharusnya menjadikan kegagalan itu suatu
titik permulaan untuk kita berjaya..

Biarpun mengetahui hakikat bahawa
setiap kejayaan memerlukan usaha,
namun aku bagai penukul yang ketiadaan pahatnya..
Tidak bergerak tanpa arahan,
walaupun demi kebaikan diri,
aku sekadar endah tak endah sahaja akan arahan yang diberikan..

Aku makin keliru dengan apa yang aku mahukan sebenarnya..

Pada mulanya, aku merasakan segalanya sukar bagiku..
Mana tak nya, tiada usaha memang la susah..
Aku sekadar mengedari perbuatanku
yang tidak mengendahkan nasihat rakan, mahupun pensyarah
akan memakan diriku,
namun tiada tindakan lanjutan yang aku lakukan..

Apabila hiburan bermain di fikiran,
aku bagai hilang arah, tumpuan, mahupun matlamat hidup..

Aku sedar hiburan itu hanyalah akan memusnahkan hidupku
jika aku terlalu taksub dengannya,
namun dunia hiburan bagai sudah sebati dengan diri ini..

Tatkala mendengar bacaan Al-Quran dibaca di kaca TV,
mahupun rakan-rakan ku membaca,
aku mula sedar, ALLAH itu maha mengetahui segalanya..
DIA juga lah yang akan membantu diri ini tatkala susah,
mahupun senang..

Selepas beberapa ketika, aku seakan lupa pada-NYA..
Aku makin keliru..
Aku sedar akan keagungan-NYA,
namun aku sekadar mendabik dada,
berlagak bagai tiada apa yang berlaku..

Astagrafirullahalazim..
Aku perlu berubah..

Sedarlah wahai manusia,
kamu itu hanyalah manusia biasa,
yang kadang kala berada di atas,
kadang kala berada di bawah..

Oleh itu, bertaubatlah sebelum terlambat..
Moga usahamu tidak menjadi sia-sia..
Jangan bazirkan masa dengan angan-angan kosong,
kerana ianya mampu membunuh dirimu..


InsyaAllah..

0 comments: